12 Februari 2014 - 20:30
Operasi ketenteraan diperluas



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Unit askar kerajaan melancarkan serangan besar-besaran terhadap sarang pengganas dan tempat perhimpunan mereka di beberapa kawasan di seluruh negara Syria.

Di Utara Lattakia, sejumlah pengganas terbunuh dalam serangan anti-pengganas. Sumber militan menyebut, 4 kereta yang sarat dengan peluru dan senjata api berjaya dimusnahkan. Selain itu antara yang terbunuh ialah pengganas yang dikenali sebagai Khalid al-Nasir, Abu al-Zobeir dan Abu Othman al-Turkey.

Seorang penduduk awam juga dilaporkan terbunuh manakala 8 yang lain termasuk kanak-kanak dan wanita mengalami kecederaan ketika serangan pengganas di Jdaidet Artous dan lebuhraya Harasta, Damsyiq.

Sumber dari pihak polis pula menyatakan pengganas melakukan serangan dengan dua mortar terhadap perarakan jenazah berhampiran gereja Jdaidet Artouz sehingga menyebabkan seorang penduduk awam terbunuh dan 5 yang lain termasuk kanak-kanak tercedera.

Sumber tersebut menambah, pengganas melepaskan tembakan rambang terhadap kereta dan bas yang melintasi unit bekalan air, di lebuhraya Harasta. Dalam insiden keganasan ini tiga penduduk awam tercedera dan 5 bas dan kereta mengalami kerosakan.

Pengganas dilaporkan turut menyerang janakuasa elektrik dan kilang al-Yarmouk di Daraa. Janakuasa tersebut menjadi sumber utama bekalan elektrik di kota Daraa dan Khurbet Ghazaleh. Mortar digunakan dalam insiden ini sehingga menyebabkan dua pekerjanya tercedera.

Pengerusi Syarikat Elektrik Umum di Daraa, Nasir al-Khalid berkata, dua pekerja tersebut cedera akibat terkena serpihan mortar yang jatuh di janakuasa tersebut.

Tambah beliau lagi, serangan itu telah menyebabkan kerosakan stesyen kawalan elektrik sehingga mengganggu bekalan elektrik di Daraa.

Selain itu, kebakaran terjadi di kilang al-Yarmouk akibat serangan mortar di halaman kilang.

Pengerusi kilang, Bassam Baker berkata pasukan bomba sempat mengawal keadaan dan menghalang api dari merebak ke kompleks utama kilang tersebut.

Selain itu sumber tentera juga menyebut unit askar telah menyerang pengganas di jalan al-Saad, perkampungan al-Qsaybeh, Ein al-Abed, al-Sweiseh, Hamer dan al-Hajeh. Sejumlah besar anggota pengganas warganeraga Arab Saudi, Qatar dan Jordan didapati terbunuh. Antara yang dilaporkan terbunuh ialah Muhammad Abdul Lazez al-Shmari dan Abdul Ibrahim al-Ghamidi dari Arab Saudi serta Ibrahim Samer al-Radsan dari Jordan.

Dalam operasi berasingan, unit askar kerajaan telah menyerang pengganas di kota Smileen dan al-Bajabjeh. Beberapa pengganas terbunuh manakala yang lain mengalami kecederaan.

Di sempadan Lubnan, tentera Syria menggagalkan penyusupan pengganas apabila sekumpulan militan cuba menyeberang kawasan tersebut untuk menuju ke Talkalakh, Homs.

Pengganas berjumlah sepuluh orang tersebut dikatakan melalui kawasan Azer untuk ke Talkalakh. Serangan bersepadu askar dan pengawal sempadan tersebut telah menyebabkan ramai pengganas terbunuh.

Di kota al-Zara, pihak askar berjaya memusnahkan sejumlah senjata api berat dan peluru milik pengganas yang cuba diseludup ke Syria. Unit tentera yang bertugas di kawasan lain berjaya membunuh dan mencederakan kumpulan pengganas yang cuba menyusup ke kampung Ashroneh, Timur Homs. Sebuah kereta yang sarat dengan senjata api dan peluru juga berjaya dimusnahkan.

Sementara itu berpuluh-puluh pengganas terbunuh di antara Hama dan Idleb dalam operasi ketenteraan yang dijalankan di kota al-Tah dan Arnaba di antara Hama dan Idleb. Berasaskan laporan ini, pengganas yang terbunuh teridiri dari warga Arab Saudi, Jordan dan Iraq.

Dalam masa yang sama, unit askar berjaya menghadang serangan terhadap lapangan terbang Abu Duhour. Sejumlah besar pengganas terbunuh dan cedera. Antara yang berjaya dibunuh ialah Abu Abdullah dari Libya, Abu Mus'ab al-Baghdadi dari Iraq dan Khalid Mohammad Sarhan.

Sejumlah pengganas turut terbunuh di operasi serius di Yabroud, Jairoud, al-Rhibeh, Darayya, Khan al-Sheih, Mliha, Zibdin dan Jobar di Damsyik. Sumber yang lain juga menyatakan sejumlah anggota pengganas Jabha Nusra terbunuh manakala ramai lagi cedera di berbagai kawasan, manakala sarang persembunyian dan kenderaan mereka musnah.